Friday, December 17, 2010

~My Routine & Responsibility~

Assalamualaikum semua....Ahlan Wasahlan...Ohayo.. =)


Rasanya dh lm sy xupdate blog sy ni....mklm la ikut mood n sebb bz ckt 2,3 menjak nie...hehehe..byk program kene attend time cuti2 ni n sbgi koleksi penglmn sblm melgkh ke alam pekerjaan plak...nk hbskn sisa2 kenangan dgn kwn2 sy di UiTM especially bersama team SKUAD 5 (SUKSIS) UiTM Shah Alam...sedr xsedr dh hmpr 3thn kami hdp bersm sebagai 1 fmly yg besr n kebykn dr mereka jauh lbh mude dr aku...tp sbbkn aku ni low profile xnmpk sngt la aku ni dewasa dh....hahahaha...




ahhaa...ni atr gmbr 1st skali ms aku dpt uniform baru...hehehe...bergaya sakan amik gmbr...hehehe...besalah,aku ni jns yg suke mencuba perkr br n sngt2 suke xtvt lasak walaupon umo dh makin meningkt...tp usia xjd penghalang kn....hehehe...lg pon aku dr kecik lg memg mint join bdn uniform tp time sek xberkesemptn plak...so,amik peluang la time blaja ni nk kmpl sebyk mgkn pnglmn br...hehehe...




yezza...ni la die fmly besr aku kt UiTM nie....hehehe...byk dh suke duke kitorg tempuh bersm n byk jgk kenangan yg tercipta...rsnye xsedr dh dekt 3thn ms berlalu n rs mcm sekejap jew....rsnye br semlm aku dftr kt UiTM nie....hehehe...tp neway,memg sonok dpt berkenalan ngn korg semua n rata2 semuanye aku anggap cam adik2 aku sndr....n buat jurulatihku En Zol Kefli n En Aswadi trm ksh byk2...arigato gozaimasu coz sudi menjd jurulatih kami semua n sentiasa bersm kami di waktu kami ssh n seng....n jg sentiasa memberi tnjk ajar pd kami n xjemu2 melayan kerenah kami semua yg kdg2 blh wat pening kepale @ migrain....hehehe...tq ABAH Zol n ABAH wadi... jasamu akn kami kenang hgga akhr hayat kami.... =)


2 mggu yg lps,kitorg semua gi program kepimpinan kt taman negara endau-rompin (selai) jhr....rsnye ni la 1st aku jejakkn kaki kt cni walaupon aku asl dr jhr n dh 24thn pon dok jhr...kire ank jati JOHOR la...heheheh...neway, 1 pnglmn yg ckp best walaupon pd mulenye hati aku ni rs bert nk gi...huhuhu...besalah,klu dh blk kg ssh nk blk shah alam semula...huhuhu...



ni la rakan2 seperjuanganku @ my skuadmate ms nk bertolak ke sn hr tu...


ni ms br2 smpi kt pekan bekok muar...nk smpi tmn negara tu memg kene nek 4x4 nie coz jln kg la katekan....tp neway,memg best jln die sejauh 32km kot dr pekan tu....


ni la keadaannye ms kami smpi di destinasi yg ingin dituju....heheheh...welcome2..Youkoso!!


Yezza....tu la die view nye...cntk kn....bersm gmbr candid ABAH kami....hehehhe


Tok ikuti semua xtvt yg dh dirncg kami semua dipecahkn pd 5 group....n ni la group aku yg diberi nm BULUH...hehehe...berkt kerjasama semua kami semua jadi JOHAN keseluruhan dlm program ni...cayalah!!Omedeto Gozaimasu.... =)

Rasanye ckp la setkt ni ek...klu nk crite spnhnye 3hr 3mlm pon xhbs aku tulis dlm blog nie ek...hehehe..InsyaAllah,klu ade ms n kesemptn aku akn update lg blog aku ni...next destination pasni ialah gi INDON...hehehe...c u all later!! Ja Mata @ Sayonara!!

Sunday, November 28, 2010

Hati Yang Berbicara ♥




Hati...
Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati! Hati aku!
Hati kau? Hmm..kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.....Ianya bererti.
Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke...tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-rubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,
walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.

Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu indah kembali....

.:Kenapa Wanita Menangis:.

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa,tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, " tempat dimana cinta itu ada."

✿Kerana Kau Perempuan✿

Kerana kau perempuan
Hanya ada air mata
Yang mungkin menjadi senjata
Menepis dugaan dan godaan berganda atau, 

Mungkin hanya penambah lara dan kau terpuruk dalam dunia tanpa makna
Lalu, langkahmu mahu dihayun ke mana?

Kerana kau perampuan
Hanya ada sekeping hati
Kini kosong walau dulu terisi
Yang pernah jadi penyeri hidup setiap hari
Namun dambaan hati entah ke mana pergi
Retaknya sudah tak bercantum kembali
Lalu, apa lagi yang kau nanti?

Kerana kau perempuan
Hanya meletak segunung mimpi
Beralas selautan harapan tak bertepi
Mimpi-mimpi sekadar bayangan sepi
Harapan cuma berlalu tanpa janji terpatri
Kau menangis lagi… kau teluka lagi
Lalu, apa yang mahu kau cari?
Kehangatan asmara berapi atau, dakapan kekasih sejati…

Kerana Kau Perempuan,
Aku Lelaki,
Engkaukah Rusukku Yang Kucari???
 



Kepada Sahabat2 ku...♥

Kepada sahabat-sahabat ku yang
MASIH SINGLE..
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia
menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia
akan menghampirimu disaat kau tak menduganya.Cinta boleh membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti,tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.
Jadi bersabarlah, jangan ter-buru buru dan
pilihlah yang terbaik.

Kepada sahabat-sahabat ku yang RAGU-RAGU
DENGAN PERKAHWINAN...
Cinta bukannya perkara mencari seseorang
yang "sempurna", tetapi menemukan seseorang
yang boleh membantumu menjadikan dirimu
menjadi sempurna.

Kepada sahabat-sahabatku yang
PLAYBOY/PLAYGIRL...
Jangan katakan "Aku cinta padamu" bila kau tidak
benar - benar peduli. Jangan bicarakan soal
perasaan bila ia tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau
hanya berniat main-main dengannya. Jangan
menatap kedalam mata bila apa yang kau
kerjakan satu pembohongan.
Hal terkejam yang dilakukan ialah membuat
seseorang jatuh cinta, padahal kau tidak berniat
sama sekali 'untuk menerimanya' saat ia
terjatuh.........

Kepada sahabat-sahabatku yang BERTUNANG...
bukan mengira berapa lama waktu yang dihabiskan bersama,
tetapi betapa baiknya kebersamaan
anda berdua.

Kepada sahabat-sahabatku yang PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahanlah selama kau
inginkannya, walaupun ianya menguris luka
tapi kau tetap membiarkannya. hakikatnya bukanlah bagaimana
mengatasi rasa itu, tetapi apa yang boleh diambil sebagai pelajaran dan hikmahnya.

Kepada sahabat-sahabatku yang BELUM
PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta: Jika jatuh, jatuhlah
tapi jangan sampai terjerumus, tetaplah konsisten
tapi jangan terlalu "baik", cuba mengerti dan
cuba untuk tidak menuntut, bersiap sedia untuk
terluka dan menderita, tapi jangan disimpan
semua rasa sakit itu jika benar-benar mengalaminya.


Kepada sahabat-sahabatku yang INGIN
MENGUASAI...
Hatimu sakit melihat orang yang dicintai bahagia
dengan orang lain, tapi sebenarnya hati akan lebih sakit bila
mengetahui bahawa orang yang dicintai ternyata tidak
bahagia denganmu.

Kepada sahabat-sahabatku yang TAKUT MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan
dengan seseorang. Tapi lebih sakit lagi bila
seseorang memutuskan hubungan denganmu.
Tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang kau
cintai sama sekali tidak mengetahui perasaanmu
terhadapnya.

Kepada sahabat-sahabatku yang MASIH BERTAHAN MENCINTAI SEORANG YANG SUDAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila
bertemu dengan seseorang lalu jatuh cinta padanya,
kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan bertahun2 untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang ia sudah tak layak, 10 tahun dari
sekarang pun ia juga tak akan layak. Biarkan dia
pergi, lupakan.......!!

Kepada sahabat-sahabatku yang INGIN
MENGAKHIRI CINTA...
Renungkanlah apa yang telah kamu lalui bersama dengan
pasanganmu dan fikirkan apakah kamu boleh
memiliki hubungan seperti yangg pernah kamu miliki...




Tuesday, November 23, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……    
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……    
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……    
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula kedalam air begitu sahaja…….    
Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya……    
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA   selagi ia masih hidup……    
Begitulah juga……    
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN   kepada seseorang ……    
Setelah ia mulai MENYAYANGI   kamu……    
Hendaklah kamu MENJAGA   hatinya……    
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA   begitu saja……    
Kerana dia akan TERLUKA   oleh kenangan bersamamu……    
dan mungkin TIDAK   dapat MELUPAKAN   segalanya selagi dia masih mengingati kamu……    
Jika kamu MENADAH   air biarlah berpada……     
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……    
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU   sahaja……    
Kerana apabila ia mulai RETAK  ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……    
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……    
Begitulah  juga……    
Jika kamu sedang memiliki seseorang….  TERIMALAH   dia seadanya……    
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……    
Anggaplah dia manusia biasa……    
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN  …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir hayat    
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya    
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……    

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……    
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……    
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……    
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……    
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ……    
Kelak, nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……    
Kamu akan MENYESAL  ……    
Begitulah juga……    
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  ……    
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……    
MENYAYANGIMU  ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….    
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……    
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ……    
Kelak, dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   apabila dia menjadi milik orang lain……    
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……    
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN   kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN   yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN   orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA   sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR   dengan apa yang kita sudah MILIKI  …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  …itu lebih BERMAKNA  !    
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

www.iluvislam.com

Friday, November 19, 2010

Aiman-Cinta Terakhir

salam bt semua...

actually sy ni hamba Allah yg baru belajar...masih belajar n sentiasa belajar selagi hayat masih dikandung badan dengan izin dr Allah...hrp semua kwn2 dpt membantu sy...Alhamdulillah dgn izin dr Nya sy berjaya jg membuat blog nie... =)